Ramai yang masih belum tahu manfaat getah pokok Acacia ini. Jadi aku akan bongkarkan pada korang!
Hai! Siapa dah pernah cuba Gum Arabic yang tengah letop sekarang ni? Tengok ramai gila orang Sudan datang dan jual kat Malaysia tapi malas beli dengan depa. Lebih baik aku beli dari founder Melayu dan sama-sama kembangkan ekonomi bumiputra sekali.
Petikan hadis
RASULULLAH SAW bersabda mafhumnya: “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (Hadis Riwayat Ahmad).
So, post kali ini aku nak cerita pada korang yang gum arabic ni fungsinya adalah untuk menjaga perut kita. Ada juga hadis yang bagitahu bahawa perut tu adalah tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala perubatan.
1. Serat Larut
Gum arabic ni kaya dengan serat larut. Serat ni diperoleh daripada getah pohon Acacia Senegal, tumbuhan yang berasal dari bahagian Afrika, Sudan, Pakistan, dan India. Juga dikenali sebagai gam arab dan gusi akasia, serat akasia dikatakan memberi beberapa manfaat kesihatan.
Sesetengah orang lebih suka akasia dalam bentuk asal sebab boleh terus diambil dan dihisap. Kelebihan gam arab dalam bentuk serbuk adalah boleh dicampur menjadi minuman.
Gam arab dipilih dan diasingkan mengikut gred. Kemudian manufacturer akan eksport gam arab dalam bentuk ketulan dan proses (serbuk).
2. Tafsiran al-Mann dan al-Salwa yang disebut di dalam Surah al-Baqarah
Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (Surah al-Baqarah: 57)
Ibn Kathir dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Ali bin Abi Talhah menyebut, daripada Ibn Abbas: al-Salwa ialah sejenis burung yang menyerupai al-summani, adalah mereka memakan daripadanya. Daripada Ikrimah: al-Salwa ialah burung seperti burung yang berada di syurga.
Ia lebih besar daripada al-‘usfur atau yang sepertinya. Wahab bin Munabbih berkata, al-Salwa adalah seekor burung yang banyak dagingnya seperti burung merpati. Burung itu mendatangi mereka dan mereka pun mengambilnya seminggu sekali pada hari Sabtu. Ibnu ‘Athiyyah berkata, menurut kesepakatan para mufassir, salwa itu ialah burung. Sedangkan al-Hudzali telah melakukan suatu kesalahan dengan menyatakan salwa itu adalah madu. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/414)
Imam al-Qurtubi menyebut, al-mann ini dikenali sebagai “al-Taranjabin” dan ada mengatakan sebagai “al-Toronjabin” dengan huruf (ط) dan ini adalah yang dipegang oleh kebanyakan ahli mufassir. Al-mann ini dikatakan juga sebagai gam yang manis dan dikatakan sebagai madu . (Rujuk Tafsir al-Qurtubi, 1/405-407)Imam al-Baidhawi menyatakan, al-mann ialah “al-Taranjabin” dan diturunkan kepada mereka seperti salji dari terbit sehingga terbenam matahari (Rujuk Anwar Al-Tanzil wa Asrar al-Takwil, 1/94)
Imam Abu Hayyan al-Andalusi, menukilkan pendapat-pendapat seperti berikut:Ibn Abbas dan al-Sya’bi : Sesuatu yang turun dari pokok, lebih manis daripada madu dan lebih putih daripada salji.Mujahid : Gam yang manis lagi baik.
Rabi’ Bin Anas dan Abi al-‘Aliyyah : Sejenis minuman yang diturunkan kepada mereka dan mereka meminumnya selepas dicampurkan dengan air.
Ibn Zaid : Madu yang diturunkan kepada mereka.Wahab : Roti yang dibuat daripada jagung.
Kebayakan ahli mufassirin : al-mann ialah “al-Taranjabin”
Amru Bin Isa : Madu yang masam.
Imam al-Alusi menyebut al-mann lebih dikenali sebagai “al-Taranjabin” iaitu sesuatu yang menyerupai gam yang manis dan bersamanya sedikit masam. (Rujuk Ruh al-Maani, 1/418)
Syeikh Rashid Redha menyebut: Al-Mann itu sejenis bahan yang mengalir turun seperti embun, dan ia sejenis cecair melekit yang manis seperti madu. Ia boleh ditemui pada batu dan daun pokok yang lembab, kemudian ia mengeras dan mengering dan dikutip oleh manusia. Antara jenis yang terletak di bawah kategori ini ialah التَّرَنْجَبِينُ (Al-Taranjabin) dan inilah yang dimaksudkan dengan al-Manna menurut sebahagian mufassir. (Lihat Tafsir al-Manar, 1/268)
-Syeikh Mutawalli Sya’rawi menyatakan, al-mann ialah butir-butir merah yang berkumpul di atas daun-daun pokok yang ada diantara waktu fajar sehingga terbit matahari. Dan ianya masih wujud sehingga sekarang di kawasan Iraq. Pada awal subuh, akan datang dengan membawa kain-kain putih dan menghamparkannya di bawah-bawah pokok tersebut.
Kemudian, mereka akan menggoncangkan pokok itu dengan sekuatnya sehingga jatuhlah titisan yang terdapat pada daun-daun pokok ke atas kain putih yang telah dihamparkan. Lalu mereka mengumpulkannya, menjadikan titisan tersebut daripada manisan yang sangat hebat. Rasanya seperti krim dan manisan madu lebah. Ianya tergolong dalam kalangan manisan yang sangat lazat hidangannya lagi mudah untuk dicernakan serta mudah untuk diserap oleh badan manusia. (Rujuk Tafsir al-Sya’rawi, 1/193)
Syeikh Muhammad al-Thahir Ibn ‘Asyur berkata: Al-Mannu merupakan satu bahan seperti gam yang ada dipokok-pokok di kawasan padang pasir. Ia mempunyai rasa manis dan masam, berwarna kekuning-kuningan, dan ia banyak didapati di lembah-lembah Turkistan. Kitab Taurat mensifatkannya sebagai bahan yang kecil seperti sekam, dan ia jatuh ke tanah seperti embun menitis ke bumi dalam bentuk yang keras dan beku. Dan ia diberi nama al-Mann oleh kaum Bani Israel. (Lihat Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, 1/509-510)
Imam as-Syaukani meriwayatkan beberapa pandangan dalam tafsir beliau tentang makna al-Mann, antaranya:Dikatakan ia bermaksud At-Taranjabin, At-Tharanjabin (dengan huruf Tho’)Dikatakan juga al-Mann bermaksud madu, minuman manis dan kepingan-kepingan seperti roti. Ia merupakan satu kalimah masdar yang meliputi semua jenis kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya tanpa melalui penanaman atau perusahaan.
Pandangan ini disandarkan kepada hadith Nabi SAW:
أَنَّ الْكَمْأَةَ مِنَ الْمَنِّ الَّذِي أُنْزِلَ عَلَى مُوسَى
Maksudnya: Sesungguhnya kulat itu daripada kurniaan yang diturunkan kepada Nabi Musa.
Riwayat Muslim (2049)
Prof. M. Quraisy Shihab berkata: “Al-mann ialah butir-butir warna merah yang terhimpun pada dedaunan, biasanya turun saat fajar menjelang terbitnya matahari. Sampai saat ini, menurut Syeikh Mutawalli Sya’rawi, al-mann masih ditemukan di Iraq. Rasanya manis bercampur masam, berwarna kekuning-kuningan.
Dalam kitab Perjanjian Lama, al-mann ialah suatu yang datang bersama embun pagi di sekeliling perkhemahan mereka (Bani Israel). Ia membeku dan halus seperti sisik. Ia juga seperti ketumbar dan kelihatan seperti getah. Bani Israel memungut dan menggilingnya dengan batu kilangan atau menumbuknya dalam lesung. Mereka memasaknya dalam periuk dan membuatnya menjadi roti; rasanya sama seperti sejenis kuih yang digoreng. (Lihat Tafsir al-Misbah, 1/203)
3. Gum arabic dan Coca Cola
Negara Sudan pada tahun 2011 pernah dilabel sebagai pengganas oleh United States of America. Tetapi disebabkan gum arabic, Amerika menarik balik kenyataan sekatannya terhadap Sudan. hehe. Bukan apa, aku rasa Amerika tak sanggup nak tengok industri terbesar mereka lingkup disebabkan satu sumber paling penting yang dinamakan gum arabic.
Gum arabic merupakan komponen penting dalam industri makanan dan farmaseutikal. Komponen E414, terdapat dalam banyak makanan untuk kegunaan sehari-hari. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kelikatan atau sebagai pemekat dan pengemulsi untuk membuat gula-gula dan marshmallow gelatin. Ia juga merupakan bahan yang terdapat dalam cat, pewarna, pelarut, bitumen, pelekat, kertas rokok, salutan ubat-ubatan, krim gula-gula getah, dawai dan bunga api. Tetapi pengguna global utama gam arab adalah Coca-Cola. Digunakan seperti gula. Jumlah yang tepat aku tak jumpa di Internet, mungkin kerana formula rahsia Coke dijaga rapi.
Bahan ini, yang juga dikenali sebagai akasia gula, kebanyakannya dihasilkan di Sahel, dari Senegal hingga Somalia, walaupun ia juga ditanam di Semenanjung Arab. Walau bagaimanapun, pada tahun 2007 misalnya, Sudan, Chad dan Niger telah memberikan 95% pengeluaran gam arab di dunia. Sudan menghasilkan kira-kira 80% daripada pengeluaran tahunan dunia.
4. Gam arab dan Arabinose (L-arabinose)
Berdasarkan apa yang aku baca di dalam research paper, boleh disimpulkan yang gam arab ni banyak membantu industri Coca Cola berkembang maju menggunakan sebatian ini.
L-Arabinose boleh memainkan peranan penting dalam pengurusan glukosa darah dan tahap insulin yang berkaitan dengan pengambilan sukrosa. Penambahan L-Arabinose kepada gula mengandungi diet dan faedah berikut:
Pengurangan paras puncak glukosa berkaitan dengan penggunaan sukrosa sebanyak 60%.
Penekanan paras puncak insulin yang berkaitan dengan penggunaan sukrosa sebanyak 60%.
Sucrose menjadi bahan GI yang rendah dengan menambah a Dos L-Arabinose serendah 4% berat.
Pelepasan glukosa yang berterusan kepada badan dalam tempoh masa yang lebih lama (perlahan).
Diet rendah glisemik mungkin mempunyai manfaat seperti pengurangan penyakit jantung, penurunan kolesterol darah, pengurusan berat badan dan komposisi, pencegahan diabetes jenis 2 dan peningkatan pencegahan diabetes.
Rendah insulin boleh menyebabkan penyimpanan dan pencegahan lemak yang lebih rendah daripada kejadian pra-diabetes. Pelepasan glukosa berterusan dan perlahan menjadi satu kelebihan buat para atlet dan mereka yang menghargai tanggungjawab untuk diet secara sihat.
Klik link untuk baca research paper L-arabinose:
https://www.cosunbiobased.com/getmedia/31188699-faf8-438d-bb7a-9fba0c20ebba/L-Arabinose-A-Novel-Food-Ingredient-For-A-Healthier-Living_1.pdf?ext=.pdf
5. Telah Berjaya Membantu Masyarakat Kita
Bukan aku nak promot gam arab ni tau. Tetapi sejak kemasukan makanan rahsia dari Sudan ni, dah macam satu kewajipan bagi aku untuk bantu beritahu lebih ramai orang lagi sebab dah banyak testimoni positif yg aku dapat. Masha Allah. Ha ni salah satunya. Baca tau. Mungkin berguna pada korang satu hari nanti.
So, kat sini kita dapat beberapa point daripada pengguna gam arab sendiri. Biar aku senaraikan satu persatu:
menurunkan ketirisan protein di dalam buah pinggang (yang dia cakap urea tu)
dah boleh bantu mertua dia bangun, daripada sebelum ni terbaring je.
dah makin berseri. bagi laki bini penting tau ni. hehe
beri harapan baru (suruh anak-anak siapkan kelengkapan nak mati)
badan dah makin berisi (sedih tengok dia dulu kurus sangat)
dah boleh gelak. alhamdulillah, kan?
pasal alfafa shaklee tu aku takde point, korang boleh google k. hehehe..
6. Prebiotik tertinggi
Mungkin ini adalah satu keistimewaan besar yang dikurniakan kepada kaum Bani Israel pada zaman dahulu apabila gam arab mampu memberikan tenaga berpanjangan kepada mereka yang telah disesatkan oleh Allah pada dahulu kala.
Klik sini untuk baca kisah kaum Bani Israel disesatkan https://www.bharian.com.my/node/14275
Permintaan Nabi Musa dijawab oleh Allah SWT melalui perhitungannya menyesatkan mereka selama 40 tahun dalam kawasan Semenanjung Sinai supaya mereka menyedari setiap tindakan mereka akan diberikan balasan oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama 40 tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa itu) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berduka cita terhadap kaum yang fasik itu." (Surah al-Maidah, ayat 26)
Prebiotik umumnya merupakan makanan bagi bakteria baik (probiotik). Ia boleh didapati dalam makanan yang tinggi kandungan serat seperti pisang, bawang putih, bawang besar, bawang merah, asparagus dan bijirin penuh.
Contoh makanan kaya dengan probiotik ialah dadih (yogurt), minuman susu kultur, makanan diperam seperti budu, cencalok serta belacan yang membantu mencegah kanser usus.
Segelintir ibu bapa kurang faham mengenai kebaikan probiotik dan prebiotik hingga ada yang masih ‘takut’ untuk memberi minuman atau makanan yang mempunyai sumber ini.
Hakikatnya kajian menunjukkan probiotik sangat baik untuk mengurangkan masalah alahan kerana meningkatkan dan menstabilkan sistem imuniti tubuh.
Bagi ibu yang menyusukan anak, sebenarnya mereka membekalkan makanan kepada probiotik dengan kandungan prebiotik yang tinggi di dalam susu ibu. Prebiotik pula adalah makanan kepada bakteria probiotik ini.
Probiotik juga berperanan menyokong sistem pertahanan usus dengan mengekalkan kesihatan sel usus. Ia juga melindungi daripada kesan berbahaya oleh organisma berjangkit yang memasuki usus di samping membantu mengurangkan kesan toksin berbahaya dan bahan yang boleh menyebabkan kanser, kemungkinan dihasilkan di dalam usus.
Probiotik membantu memulihkan kesihatan sistem penghadaman dengan:
Membantu badan anda menghadamkan makanan dan menyerap nutrien
Menguatkan sistem imun badan anda
Melindunginya daripada jangkitan organisma dan penyerang lain
Mengurangkan toksin yang membawa mudarat dan bahan penyebab kanser
Membantu pertumbuhan sel perut dan memastikan ia terus sihat
Menambah bilangan sel darah yang sihat untuk melindungi badan daripada penyakit
Membantu mengekalkan imbangan bakteria yang sihat dengan mengekalkan bakteria baik pada tahap tinggi
Membantu melawaskan perut
Membantu membaiki toleransi kepada susu
Membantu menguatkan sistem imu
Membantu menggantikan bakteria baik selepas mengambil antibiotik
Membantu penghadaman
So, penting untuk kita meningkatkan jumlah kandungan probiotik di dalam usus kita. Betul tak? Jadinya di sini, gam arab dapat membekalkan makanan kepada probiotik. Kajian telah menunjukkan jumlah prebiotik yang dihasilkan oleh gam arab mempunyai bacaan tertinggi di dunia. Korang boleh search tau.
Menarik, kan? Aku percaya ramai je yang belum tahu tentang rahsia besar ni. hehe. Untung bagi korang yang dah tahu.
7. Gam Arab Mengeluarkan Batu Karang
Punyalah berzaman gam arab ni ada kat bumi. Rasa rugi sebab tak tahu dari dulu. Cuma sekarang ni aku rasa sayang kalau tak hebahkan testimoni-testimoni yang unik ni. Nah ni salah satunya. Gam arab mengeluarkan batu karang. korang jangan terkejut :P
Mula-mula tu aku ingatkan paklong dia tunjuk gambar gam arab yang ketulan tu. Rupanya batu karang! haha.. hasil dari minum gam arab, hah kau terkeluar batu karang 2 biji.
Aku rasa setakat ni jelah aku boleh kongsi kali ini. Alhamdulillah aku rasa aku dah tunaikan kewajipan aku untuk bgtahu korang pasal benda ni. Tapi aku rasa korang dah tahu kot pasal gam arab ni. aku yang lambat, haha.
Oh ye, sebelum nak cuba gam arab, better korang cuba serbuk Al-Manna Ameer ni dulu. sebab kita boleh bantu bumiputra punya keluaran. Founder ni kawan baik aku masa kat universiti dulu. korang jangan risau, gam arab jenis ni paling top sekarang. sebab dia import gred AA hokkayy. hehe.
Nak cuba, boleh beli kat website Achik Foods. Klik sini ye https://achikfoods.com/
Korang pon mesti ada pengalaman minum gam arab kan? Hee
Comments