top of page
Writer's pictureAchik Rus

"Suami Saya Kencingnya Berbuih - Apa Harus Saya Lakukan".

Updated: Mar 27, 2019

Jangan panik. Ianya mungkin protein yang terlepas dari buah pinggang. Kadang-kadang ia berlaku secara sementara kepada:



Kita faham bahawa diabetes merupakan penyebab utama bagi kerosakan buah pinggang. Penyakit ginjal ini disebabkan oleh salur darah halus yang tersumbat dan tidak dapat menghantar bahan-bahan buangan kepada buah pinggang dengan baik. Paling ditakuti oleh pesakit kencing manis adalah kerosakan buah pinggang.


Diabetes penyebab utama penyakit ginjal

Bagi pesakit diabetes, buah pinggangnya semakin mengecut. Ini tandanya sel-sel buah pinggang telah rosak dan inilah yang dinamakan penyakit buah pinggang tahap 5.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, setiap tahun berlaku peningkatan kerosakan buah pinggang dicatatkan sebanyak 6,000 sehingga 7,000 kes yang memerlukan dialisis. Didapati 400,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit buah pinggang tahap 1 -5. Seramai 40,000 rakyat Malaysia terdiri daripada tahap 5 yang memerlukan rawatan dialisis dan 61% daripadanya berpunca daripada kencing manis.

Kencing berbuih.

Jangan panik. Ianya protein yang terlepas dari buah pinggang. Kadang-kadang ia berlaku secara sementara kepada

  • Orang yang kurang minum air/ dehidrasi

  • Cuaca yang sangat panas/ suhu ekstrim

  • Exercise secara ekstrim/ gerakan fizikal yang ekstrim

  • Stress/ emosi terganggu

  • Demam

Jika berterusan

Sekiranya anda dapati air kencing berbuih-buih secara berterusan dan kaki bengkak, anda perlu segera berjumpa doktor. Keadaan ini berkait rapat dengan tahap kesihatan buah pinggang dan mungkin ia disebabkan oleh ketirisan protein di dalam air kencing.

Jadi, penting bagi pesakit diabetes untuk menjaga diabetes mereka betul-betul supaya tidak berlaku masalah buah pinggang dan kerapkan berjumpa doktor untuk memeriksa urea dan kreatinin. Seandainya kedua bahan ini tinggi, doktor akan memberikan ubat yang tertentu untuk membantu meringankan bebanan kepada buah pinggang.


Elakkan pengambilan ubat tahan sakit

Bagi mereka yang menghidap diabetes dan sudah berada pada tahap 1-5 sakit buah pinggang, elakkan pengambilan ubat tahan sakit (NSAID). Contohnya Ponstan, Celebrex, Synflex dan Dicloflex.


Jalani Gaya Hidup Sihat

Elakkan makanan karbohidrat yang tinggi. Elakkan makanan ringan dan kerap lakukan senaman. Amalkan pemakanan berkhasiat yang membantu masalah kencing manis anda.

44 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page