Satu demi satu ganjaran Allah tunjuk melalui Tahajjud.
Fuhh meremang aku baca cerita pasangan ni selepas buat tahajjud. So hari ni aku nak share pasal satu group telegram Rise Of Islam (ROI) yang aku baru join ni. Sebuah group yang dah bagi aku pengalaman berharga yang jarang2 aku dapat selama 25 tahun. Eh dah besar aku ni..
Info group
Visi: Melahirkan 1 juta jutawan Islam pada tahun 2025 yang menjaga Tahajjud seumur hidup dan secara langsung membangunan ekonomi komuniti Islam di Malaysia khususnya dengan akhlak yang baik dan efisien.
So, bagi aku perkenalkan Sifu Asyraf Azmin ni, admin group Tahajjud ROI. Aku save Sifu AA sebab masa tu nak cepat. Sekarang nama beliau Sifu Ash (new branding). Oke group ni dibuat pada 1 mac 2019. A very good date.
Admin dan ahli seramai 10k orang (pada mulanya) bawa satu misi besar pada tahun 2025. Oh lupa nak bagitahu, screenshot kat atas ni aku ambil pada pukul 4.12am tau. Nampak tak ada 95 orang tengah online? Masha allah. Aku rasa diorg baru bangun nak buat tahajjud dan nak update bilangan tahajjud malam ni. Senang cite, group support ni yang paling best.
Pengakuan
Jujur aku cakap, aku ni bukan ahli dalam bab2 tahajjud ni. Aku rasa tak layak pun post benda2 mcm ni. Tapi disebabkan aku sendiri BARU tahu pasal ni, dan rasa sendiri kemanisan tahajjud tu. better aku share. So sekarang cara aku dah berubah, dari A kepada Z. Pemikiran aku pulak dah terbalik dari C kepada A. Kenapa?
Berbalik kepada entry post ni iaitu Allah hantar rezeki orang bayar duit lebih masa beli air. Lepas baca cerita pasangan tu, korang rasa apa? Aku rasa takjub. Terkejut. Sebelum ni tak pernah orang beri duit lebih pun masa beli air. Dengan asbab bertahajjud, Allah beri macam tu je. Tapi ada caranya. ehehe.. Ilmu mahal ni aku belajar dalam group ni lah.
Rezeki itu ada
Pernah dengar Kolam Jiwa? Luaskan kolam jiwa kita, cuci dan bersihkan. Ikan nak masuk. Ada tu sedang tunggu kat luar kolam. Ikan tu ibaratnya rezeki kita daripada Allah.
Aku percaya setiap orang nak jadi kaya. Semua orang nak bantu keluarga. Semua orang nak kereta besar nak rumah besar, nak bahagia. Aku pun tak terkecuali. Sebab apa? Sebab kita ada nafsu. Akhir sekali sebenarnya merujuk balik kepada ketenangan (inner peace). Semua orang nak itu dan ini sebab nak dapatkan ketenangan jiwa. Tak kalut nak bayar bil. Bila dah kaya dan merasai semuanya, baru mereka akan tenang, Rujuk Maslow Hierarchy. Oh dulu aku budak HR. hehe.
Aku percaya ramai orang kat luar sana yang nak jaga tahajjud tapi tak tahu cara dan tak dapat konsisten. Tapi hari ni, aku dah reti jaga tahajjud dan dapat konsisten 10 hari. Aku join tahajjud pada 11 Mac 2019. Tu benda yang paling bagus setakat ni aku pernah buat. Yela abang ni biasa2 je. Tapi tu tak penting. Yang patut ditanyakan sekarang adalah, macam mana orang biasa2 macam aku ni boleh buat?
So ni rahsia ROI yang aku nak share:
1. Misi dan matlamat
Visi: Melahirkan 1 juta jutawan Islam pada tahun 2025 yang menjaga Tahajjud seumur hidup dan secara langsung membangunan ekonomi komuniti Islam di Malaysia khususnya dengan akhlak yang baik dan efisien.
Aku stick pada matlamat ni. Aku percaya ini adalah titik tolak kebangkitan umat Islam di akhir zaman kelak.
2. Group support
Dengan adanya group support, setiap hari kita semangat untuk bangun tahajjud. Setiap orang perlu update tahajjud mereka (start dari 1: cth "Pagi 1"). Sebelum tidur, mereka akan beri mesej tidur awal.
3. Leader yang jelas dan bijak
Sifu Ash mempunyai matlamat dan pelan strategik yang sangat berbeza dan padat. Sifu ni senag cite, memang seorang yang cool lah. Eh? hahaha.
4. Teknik berkesan
Sifu Ash akan ajar teknik berkesan untuk korang bangun tahajjud tanpa alarm. Part ni paling best dan paling mahal. Yang kebanyakan orang gagal disebabkan tiada teknik ni.
So, ni je aku nak share pagi ni. Takut tak sempat nak bertahajjud. hahaha. Ohh kalau korang nak join group best ni, boleh pm aku. Ws pun boleh. 011-5687 7353 -achik.
Semoga bermanfaat!
Comments